Ismail Sabri Buat Pembaharuan Politik Radikal – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran, beberapa pembaharuan politik yang radikal juga telah beliau laksanakan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, penting untuk kita menghargai kejayaan beliau membenteras kecurangan politik dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

” Kejayaan ini sangat istimewa kerana setelah begitu lama, ia boleh diselesaikan dalam hanya setahun pentadbiran beliau.

“Sekarang kerajaan beliau sedang mempercepatkan RUU Pendanaan Politik. Semua ini adalah perkara yang tidak mungkin terjadi tanpa kemahuan politik dan kepimpinan yang fokus,” ujar Khaled.

Malah katanya, komitmen beliau untuk memastikan laporan Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan (JKSTUPKK) mengenai perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) di nyah klasifikasikan dan di dedahkan kepada umum wajar juga diberikan pengiktirafan.

“Beliau jelas bersungguh untuk menanggani masalah LCS ini dengan telus dan mengikut lunas undang-undang.

“Kekadang, amat mudah untuk kita bersikap sinis dengan pemimpin kita. Namun janganlah sehingga menjadikan kita tidak lagi objektif dan gagal bersifat rasional.

“Sesungguhnya bukanlah mudah mengemudi negara dalam keadaan yang sangat mencabar sebegini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,” puji beliau.

Khaled juga menegaskan, Perdana Menteri mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan caranya tersendiri.

“Benar rakyat gelisah dengan kenaikan harga barang dan inflasi yang meningkat. Ini bukan isu yang berlaku di Malaysia sahaja. Ia adalah fenomena global akibat dari ‘multifacated’ elemen yang di luar kawalan kerajaan.

“Kita mesti mengiktiraf keputusan kerajaan dalam usaha memastikan kos sara hidup tidak begitu membebankan.

“Bukanlah mudah untuk kerajaan memutuskan hampir RM80 billion dibelanjakan untuk membiayai subsidi pelbagai komoditi dan barangan keperluan rakyat bagi tahun ini. Ia hampir sepertiga dari perolehan negara. Jumlah yang sangat besar ini bermakna kita terpaksa mengorbankan banyak keperluan pembangunan yang sangat diperlukan,” kata beliau.

Bukan cuma itu, Khaled juga berkata, keputusan Ismail Sabri menghapuskan AP bagi import bahan makanan.

Jelasnya, ia adalah langkah sangat berani dan tepat bagi mengatasi segala masalah kecukupan makanan yang kita hadapi.

“Apalagi bila AP seperti suatu ‘sumpahan’ yang semua orang ingin menghindari dari menyentuhnya selama ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat