Zulkifli kongsi perkhabaran artis di media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sering ditanya perkembangan semasa penggiat seni terutama yang berdepan masalah kesihatan, pelakon Gerak Khas, Zulkifli Ismail, 58, melakukan amal jariah berkongsi perkhabaran artis melalui media sosial sehingga akaun peribadinya jadi rujukan ramai.

Dalam mencari maklumat, misalnya, berhubung kematian artis, Zulkfili lebih selesa mengesahkan perkara itu daripada sumber selain keluarga, demi menghormati waris yang bersedih atas pemergian insan tersayang.

Tidak hairanlah, Zulkifli sanggup menghubungi bilik mayat di hospital bagi mendapatkan maklumat mengenai pemergian sahabat seni.

Selain itu, Zulkilfli mengumpul maklumat daripada pengikut akaun media sosial sebelum berita sahih dimuat naik di Instagram (IG).

“Bagi saya, hendak bertanya kepada keluarga waris mengenai kesahihan berita kematian dalam keadaan mereka yang bersedih, tidak sesuai.

“Saya sanggup dapatkan maklumat dari bilik mayat selain pengesahan daripada teman-teman yang bertugas di hospital.

“Malah, jika artis dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya sanggup berjalan kaki ke sana.

“Rumah saya berhampiran dengan hospital itu,” katanya kepada BH Online.

 

Jiwa sebagai bekas wartawan masih menebal dalam diri Zulkifli menyebabkan timbul idea untuk menyalurkan maklumat perkembangan artis melalui platform media sosial. - Foto IG Zulkifli Ismail
Jiwa sebagai bekas wartawan masih menebal dalam diri Zulkifli menyebabkan timbul idea untuk menyalurkan maklumat perkembangan artis melalui platform media sosial. – Foto IG Zulkifli Ismail

 

Bagi Zulkifli, peminat perlu tahu perkembangan artis terutama bintang veteran kerana ramai makin melupakan kewujudan mereka.

“Saya fikir mungkin disebabkan jiwa penulis masih menebal, timbul idea untuk menyalurkan maklumat melalui platform media sosial.

“Sering diaju pertanyaan mengenai hal-ehwal artis, saya lihat peminat berminat untuk mendapatkan perkembangan warga seni seperti apakah mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia,” katanya.

Zulkifli memberitahu, ketika vokalis kumpulan Iklim, Allahyarham Saleem dirawat di HCTM, dia berjalan kaki ke hospital itu untuk melawat penyanyi itu.

“Ketika itu, saya meminta izin daripada keluarga arwah untuk merakamkan foto dan dikongsikan dengan peminat. Biasanya, maklumat yang saya kongsi di IG pendek sahaja, namun, faktanya tepat,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat