PKR, Pejuang dah hantar nama calon PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nama calon Perdana Menteri blok pembangkang telah dihantar ke Istana Negara untuk penilaian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Meskipun merahsiakan nama calon tersebut namun umum maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon tunggal pilihan pembangkang.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu 35 Ahli Parlimen PKR telah selesai menghantar surat akuan bersumpah (SD) bagi mencadangkan nama Perdana Menteri kesembilan kepada Istana Negara.

Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin juga berkata, keempat-empat ahli Parlimen Pejuang juga telah menghantar nama calon Perdana Menteri lebih kurang jam 3.40 petang Rabu.

“Maaf calon itu saya tak dapat dedahkan kerana kalau ikutkan permintaan surat Speaker Dewan Rakyat, undi adalah rahsia.

“Namun seperti yang Datuk Seri Mukhriz sebut sebelum ini, kami tak akan bersama pihak yang ada kleptokrat,” ujar beliau.

Ditanya sama ada calon pilihan Pejuang datangnya dari dalam parti itu sendiri atau luar.

“Luar parti,” jawab Ulya ringkas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat