Scarlett Johansson hamil anak kedua

- Advertisement -

Los Angeles: Pelawak Colin Jost, 39, mengumumkan khabar gembira isterinya juga pelakon Scarlett Johansson, 36, kini hamil anak kedua.

Jost mengesahkan perkara itu sewaktu mengadakan persembahan di Ridgefield Playhouse, Connecticut, baru-baru ini.

“Kami bakal menimang anak. Kami sangat teruja,” katanya.

Berita kehamilan itu sebenarnya sudah mencetuskan teka-teki sejak bulan lalu.

Timbul khabar angin bahawa Johansson berbadan dua selepas tidak menghadiri banyak acara.Ia termasuk acara promosinya untuk filem Marvel, Black Widow.

Kemudian, pelakon terbabit dilaporkan tampil memfailkan saman terhadap Disney pula selepas berlaku perlanggaran kontrak untuk projek filem Black Widow itu.

Johansson mendakwa dia mengalami kerugian ratusan juta selepas Disney memutuskan filem itu turut ditayangkan menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar.

Terdahulu, Johansson dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rose Dorothy, 6, hasil hubungannya bersama bekas suami, Romain Dauriac.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat