Skrin untuk golongan profesional

- Advertisement -

Jenama perkakas serta pengeluar komputer terkemuka, MSI memperkenalkan skrin paparan profesional yang sesuai untuk memenuhi tuntutan segmen produk berkenaan.

Menerusi skrin paparan Pro MP271P, MSI menawarkan pelbagai ciri khusus untuk keperluan pengguna.

Skrin Pro MP271P ini didatangkan dengan saiz 27 inci bersama-sama resolusi dalam Definisi Penuh (FHD) serta ia menggunakan panel paparan berteknologi IPS.

Penggunaan paparan IPS ini dapat meningkatkan keupayaan penghasilan warna serta menjadikan setiap bahan atau gambar serta video yang terpapar mempunyai tona warna lebih baik.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi ‘Anti Flicker’ berasaskan kepada sokongan yang stabil bersama-sama perlindungan mata untuk pengguna.

Skrin ini mempunyai kadar ‘Blue Light’ yang kurang sekali gus mengurangkan risiko kerosakan pengguna bagi tempoh penggunaan yang lama.

Penyokong skrin paparan ini juga boleh diubah mengikut keselesaan pengguna sama ada perlu meningkatkan ketinggian paras paparan atau sebaliknya.

Skrin ini turut didatangkan dengan sokongan ‘VESA’ untuk pengguna yang mahu menggunakan penyokong lain.

Sokongan sambungan pula adalah satu port HDMI, satu port D-Sub, bicu audio serta mikrofon bersama-sama ‘kekuncin kensington’ untuk keselamatan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat