Pelakon veteran Korea Selatan meninggal dunia

- Advertisement -

Seoul: Pelakon veteran Korea Selatan, Kim Min Kyung meninggal dunia pada usia 61 tahun, kelmarin.

Berita sedih itu disahkan agensinya DaHong Entertainment semalam menerusi satu kenyataan ringkas. Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan.

“Kim Min Kyung meninggal dunia semalam (kelmarin),” kata agensi itu.

Mayat mendiang dilaporkan masih berada di sebuah hospital, di sini. Upacara pengebumiannya akan dijalankan pada hari ini.

Min Kyung memulakan kerjaya lakonannya dalam bidang teater pada 1979. Dia sudah terbabit dengan ratusan projek selama 40 tahun sebagai pelakon.

Antara pencapaiannya adalah memenangi anugerah bakat baharu di Korea Theater Festival pada 1981. Dalam drama dan filem, dia cukup terkenal dengan watak keibuan.

Antara filem dibintanginya ialah Tazza, Someone Behind You, Where the Truth Lies, Microhabitat dan banyak lagi.

Drama lakonannya pula ialah The Moon Embracing the Sun, The Flower in Prison, VIP, Mouse dan banyak lagi.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat