Anwar calon tunggal pembangkang – Shafie Apdal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang akhirnya bersatu hati memutuskan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri,” kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Anwar adalah calon kami, satu-satunya calon pembangkang. Parti saya akan memberi sokongan penuh kepada Anwar sebagai perdana menteri, ”katanya memetik The Borneo Post hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa blok Pembangkang telah bersetuju bahawa Shafie akan menjadi pilihan kedua calon Perdana Menteri kesembilan selain Anwar.

Shafie sebelum ini mengatakan bahawa dirinya dan Presiden PKR memiliki sokongan majoriti 105 ahli Parlimen dan memerlukan tambahan sokongan untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Pun begitu, Shafie memberitahu Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyokong hasrat itu.

“Kita tidak dapat sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk merealisasikan pelantikan perdana menteri Malaysia dari Borneo kali ini.

Walaupun berjanji dan berusaha untuk merealisasikan hasrat ini, Shafie mengatakan ia tidak dapat dicapai dengan mudah tanpa sokongan GPS.

Pun begitu, Shafie tetap berharap blok Borneo akan disatukan pada pilihan raya akan datang, yang dijadualkan pada pertengahan 2023.

“Bukan untuk diri saya sendiri, telah dipersetujui oleh nenek moyang kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa negeri-negeri Borneo akan mempunyai hak yang sama,” katanya.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini mengatakan bahawa gabungan itu bersedia memberikan sokongannya kepada naib presiden Umno, Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri seterusnya.

GPS adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada hari Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat