Ismail Sabri terima pencalonan 114 ahli Dewan Rakyat?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan keputusan siapa Perdana Menteri kesembilan pada Jumaat nanti selepas pertemuan baginda dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

Semalam 220 ahli Dewan Rakyat diberi arahan agar mempersembahkan akuan berkanun (statutory declaration) yang menyatakan sokongan kepada seorang ahli Dewan Rakyat yang bagi diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri yang baharu kepada Istana Negara sebelum jam 4.00 petang tadi (18 Ogos 2021).

Berdasarkan sumber dalaman parti-parti politik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka memperolehi sokongan 114 orang ahli Parlimen bagi dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Selepas tamat waktu pencalonan tadi, sumber Perikatan Nasional (PN) mengesahkan ke semua 53 ahli Parlimennya (Bersatu 31, Pas 18, Star 1 dan bebas 3) mencalonkan Ismail Sabri bagi jawatan tersebut.

Kem Ismail dikatakan mendapat 41 undi dari 42 ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN) setelah terdapat kemungkinan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh tidak mengundinya. Jumlah kerusi BN ialah 42 di mana UMNO mempunyai 38 kerusi diikuti oleh MCA 2, MIC 1 dan PBRS 1.

Ismail juga dijangka menerima 18 undi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS). Walaupun tidak menamakan calon perdana menteri mereka kepada umum, Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Openg memaklumkan semua mereka hanya mencalonkan satu nama untuk pertimbangan Al-Sultan Abdullah.

Salah seorang ahli Parlimen GPS yang juga anggota kabinet lepas mengesahkan mereka mencalonkan Ismail Sabri.

Dua lagi undi Ismail Sabri diperoehi dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mempunyai satu kerusi dan ahli Parlimen Lubok Antu Tambat Jugah Muyang, yang mengumumkan sokongan kepada kerajaan PN pada 5 Ogos 2020.

Dengan jumlah 114 undian ahli Parlimen ini, Ismail Sabri melepasi angka 111 yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah dari 220 orang ahli Parlimen yang masih ada.

Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli Parlimen, bagamaimanapun dua orang telah meninggal dunia dan plilihan raya kecil tidak dapat diadakan akibat pandemik Covid-19.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat