Empat Lokaliti Di Sabah, Satu Di Johor Dikenakan PKPD Bermula Jumaat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Empat lokaliti di Sabah dan satu di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 2 Sept, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Tanjong Pagar, Sipitang; setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang; Kampung Padang Tembak, Keningau dan Kampung Jawa, Tawau.

Lokaliti yang dikenakan PKPD di Johor adalah Ladang Sungai Kahang, Kluang.

“Prosedur operasi standard (SOP) kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKPD hari ini.

Dalam pada itu, Rodzi berkata PKPD di empat lokaliti di Kelantan melibatkan Taman Sri Kebakat, Tumpat; Kampung Bukit Merbau di Mukim Bukit Jawa dan Kampung Baru Pupoh, Pasir Puteh serta Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang ditamatkan Jumaat ini.

Katanya arahan penamatan PKPD pada Jumaat ini turut melibatkan lima lokaliti di Perak iaitu Kampung Belum Baru, Hulu Perak serta Kampung Menteri, Kuala Sepetang; kilang Comfort Rubber Glove, Matang; kilang Comfort Rubber Glove, Simpang dan asrama kilang Comfort Rubber Glove, Hujung Matang yang kesemuanya dalam daerah Larut, Matang dan Selama.

“PKPD di Taman Puteri, Kluang, Johor turut ditamatkan pada Jumaat ini,” katanya.

Rodzi berkata lima PKPD di Sabah juga ditamatkan Jumaat ini melibatkan Kampung Kuala Mengalong, Sipitang; Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri, Kunak; Kampung Tanjung Aru Lama serta University Apartment 1, Kota Kinabalu.

“Berdasarkan analisis oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, tiada PKPD yang dilanjutkan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat