Keputusan Bubar Bersatu, Sertai UMNO Terserah Pada Muhyiddin – Bersatu Kedah

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Keputusan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dibubarkan dan menyertai UMNO atau tidak, terletak pada kuasa yang dimiliki Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, pihaknya tidak akan sesekali membuat keputusan lebih awal daripada kepimpinan di peringkat pusat, terutama berkaitan isu terbabit.

Bagaimanapun, jelasnya, situasi dan keadaan terkini yang berlaku di negara ini tidak memungkinkan perkara terbabit berlaku dalam masa terdekat.

“Kami wala’ dengan presiden. Presiden parti setakat ini tidak keluar kenyataan ke arah itu (pembubaran Bersatu), jadi kita akan bersama dengan Muhyiddin untuk memperkuatkan Bersatu.

“Kita tidak akan kembali kepada UMNO. Selagi kepimpinan di atas belum membuat keputusan sedemikian, setakat ini saya tidak nampak jalan Muhyiddin akan balik kepada UMNO,” katanya.

Suhaimi berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Santai Bersatu di Kampung Permatang Berangan, di sini, pada Isnin.

Terdahulu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn mencadangkan Bersatu dibubarkan dan memasuki UMNO sebelum menyertai Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, situasi itu tidak mustahil berlaku kerana Bersatu sendiri sudah pecah dua akibat parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Bastien, UMNO juga sedia menerima Muhyiddin serta ahli-ahli parti itu dengan hati yang terbuka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat