PRN Sabah: Bersatu Beri Jaminan Bentuk Kerjasama Dengan BN

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah memberi jaminan untuk bekerjasama dan mencari kesepakatan dengan rakan sekutu Barisan Nasional (BN) dalam memastikan misi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tercapai.

Ketuanya Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata tiada timbul isu saling tikam belakang antara rakan dalam gabungan.

“Saya berharap pemimpin kita daripada Bersatu, Perikatan Nasional, PBS, STAR menggunakan kebijaksanaan mereka.

“(Ini) kerana matlamat kita untuk menang bukan mahu merebut kerusi pada PRN kali ini,” katanya.

Hajiji turut menjelaskan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram akan dijadikan sebagai platform utama sepanjang kempen berlangsung.

Menurutnya langkah itu diyakini mampu menarik minat, matlamat ceramah atau kempen sampai sekali gus memastikan keselamatan pengundi ketika pandemik COVID-19.

“PRN Sabah kali ini cukup istimewa diadakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19. Sudah pasti kita tidak akan dibenarkan untuk berkumpul terutama ketika kempen-kempen dan ceramah seperti pilihan raya umum dahulu.

“Atas sebab itu, Bersatu Sabah memikirkan cara baharu ketika berkempen iaitu dengan menggunakan media sosial.

“Kita akan buat juga kempen dengan kapasiti yang dibenarkan tetapi dalam masa sama akan ada penstriman melalui digital. Saya pasti cara ini boleh diterima pengundi,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom pada sidang media mendedahkan PRN Sabah tetap diadakan pada 26 September 2020.

Manakala tarikh penamaan calon diadakan pada 12 September sementara 22 September sebagai tarikh mengundi awal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat