Zahid tegur perbualan tak berfaedah jadi budaya rugikan jiwa, lemahkan nilai agama

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur budaya mengulas, mencampuri dan memperkatakan hal-hal yang kadangkala tidak memberi manfaat kepada diri mahupun orang lain.

Menurut Presiden Umno itu, perbualan kosong tak berfaedah itu kini menghiasi bukan saja kedai kopi malahan ruang maya.

“Dalam kehidupan seharian, kita sering terdorong untuk mengulas, mencampuri dan memperkatakan hal-hal yang kadangkala tidak memberi manfaat kepada diri mahupun orang lain.

“Sama ada di kedai kopi mahupun di ruang maya, perbualan yang tidak berfaedah semakin menjadi budaya.

“Semua ini berlaku tanpa kita sedari bahawa ia sedang merugikan jiwa dan melemahkan nilai agama dalam diri,” nasihat Pengerusi BN itu dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Tegas Zahid, Islam mengajar kita untuk bijak memilih apabila berbicara dan bila wajar berdiam.

“Marilah kita pupuk akhlak yang lebih tertib, tinggalkan yang sia-sia, dan tingkatkan nilai diri demi ketenangan jiwa serta keberkatan hidup. Insya-Allah,” seru Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat