Dato’ Aishah Semarakkan Kembali Lagu “Di Pinggir Kayangan”

- Advertisement -

Dato’ Aishah, penyanyi veteran Malaysia yang tersohor dengan vokalnya yang luar biasa, kembali menghidupkan lagu klasik “Di Pinggir Kayangan” yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Versi terbaharunya ini akan dilancarkan pada 19 Julai 2024 dan boleh dimuat turun di iTunes serta dinikmati di pelbagai platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Menurut Dato’ Aishah, beliau memilih lagu ini kerana membesar dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan amat mengagumi suaranya. Beliau juga berpeluang berkongsi pentas dengan Allahyarham suatu ketika dahulu.

“Di Pinggir Kayangan” merupakan lagu cinta yang ceria dan bersemangat positif, menampilkan keindahan lenggok kemelayuan yang memukau. Dato’ Aishah berharap lagu ini dapat diperkenalkan semula kepada generasi baharu dan menghayati keindahan muzik Melayu klasik.

Versi terbaharunya ini membawa nafas baharu dengan beberapa perbezaan ketara berbanding versi asal. Susunan muzik telah diubah dan lagu ini dirakamkan dalam nota yang sedikit lebih tinggi.

“Terdapat kelainan dari segi susunan muzik dan sudah semestinya suara saya berbeza dari suara penyanyi asal,” kata Dato’ Aishah.

Beliau berharap lagu ini akan diterima baik oleh semua pendengar, dari generasi muda mahupun senior.

“Semoga lagu-lagu seperti “Di Pinggir Kayangan” ini akan mendapat tempat dalam kalangan para pendengar muda dan sudah tentunya pendengar yang lebih senior juga. Bila kita dapat menghayati lagu-lagu lama barulah kita dapat kemajuan mencipta lagu-lagu baharu,” ujar Dato’ Aishah.

Sony Music Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada Dato’ Aishah atas pencapaiannya yang luar biasa, iaitu 17x Platinum menerusi penjualan album fizikal dan digital lagu-lagunya di bawah naungan syarikat rakaman tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat