KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan mengikuti dengan cermat perkembangan kes yang melibatkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md yang telah didakwa oleh Mahkamah Seksyen Selayang, pada Selasa.
Takyuddin dalam kenyataan media PAS Pusat menyarankan semua pihak khususnya para ahli dan penyokong supaya bertenang dan menghormati proses perundangan.
Sanusi didakwa atas satu pertuduhan didapati telah melakukan perbuatan dengan kecenderungan menghasut untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja pada Selasa minggu lalu.
Beliau dituduh melakukan kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, pada 11 Julai lepas.