Tunggu Rabu ini – Caprice

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terus trending dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, penyanyi, Caprice yang berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, Rabu ini, berharap hubungannya dengan Ustaz Ebit Lew pulih.

Mengaku mengambil pil tidur sejak tiga minggu lalu, Caprice mendakwa tidak menyangka Ebit Lew yang dianggapnya sahabat terus senyap dan tidak memberi kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.

“Caprice tidak sangka seorang sahabat tiba-tiba senyap dan tidak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza… Benda kecil sahaja.

“Tetapi, saya fikir saya tahu (puncanya) sekarang… Saya sangat sedih. Saya harap hubungan kita kembali seperti dahulu tanpa campur tangan politik dan orang lain.

“Apabila difikirkan, jika kami bersama-sama demi Ummah… Bayangkan, kalau kita masuk Gaza sama-sama.

Caprice berharap hubungannya dengan Ebit Lew pulih seperti sedia kala. Foto IG Caprice
Caprice berharap hubungannya dengan Ebit Lew pulih seperti sedia kala. Foto IG Caprice

 

“Beliau dengan aktiviti kebajikannya dan saya pula merapatkan saf dengan artis, ‘influencer’, guru, anak-anak muda dan orang Gaza,” luahnya melalui Instagram (IG) Story.

Caprice mendakwa, mengikut perancangan asal, dia memasuki Gaza bersama Ebit Lew.

“Sebelum kita sampai Kaherah, kita sudah rancang untuk masuk Gaza bersama-sama.

“Tetapi adalah benda yang kita tidak sangka berlaku tetapi saya tidak boleh cerita sekarang,” katanya yang mengaku patah hati dengan insiden itu.

Caprice mendakwa, perubahan perlakuannya berpunca daripada rasa kecewa apabila usaha jihadnya untuk Palestin dicabar dan dipertikaikan.

“Kita jadi orang lain, kita jadi baran apabila orang ‘cucuk’ jihad saya di Gaza,” katanya.

Melalui satu lagi entri di IG Story, Caprice menafikan dia dengki terhadap Ebit Lew.

“Tiada siapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan Ustaz Ebit Lew. Ini hanya apa yang berlaku di Misi Gaza yang membuatkan saya dan pasukan lain yang mahu memasuki Gaza selepas ini lebih susah.

“Tolonglah faham… Tiada siapa pertikai perkara baik yang dilakukan. Cuma ada dua atau tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” katanya.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Ebit Lew juga dikatakan menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi itu.

Pada 24 Jun lalu, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Namun, sehingga hari ini, Caprice masih belum memasuki Gaza. Malah, melalui pengakuan IG Story, penyanyi itu mendakwa mungkin niat untuk memasuki wilayah itu menjadi sukar.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat