‘Saya hanya nak kerja, tak fikir zaman kegemilangan pun’ – Syafiq Kyle

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Syafiq Kyle, 29, mengakui sejak awal pembabitannya dalam lakonan dia tidak pernah terfikir mengenai zaman kegemilangan termasuk mahu mengejar glamor dan popular sebagai artis.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia nekad menceburi kerjaya seni hanya untuk bekerja dan mendapatkan karya berkualiti bagi menggilap bakatnya.

“Ini sebenarnya pertama kali saya ditanya mengenai zaman kegemilangan yang bakal berakhir dan dijelaskan bahawa pembabitan saya dalam kerjaya seni selama ini hanya untuk bekerja.

“Saya seronok dengan kerja-kerja seni yang dilakukan terutama apabila mendapat karya drama dan filem yang dirasakan berkualiti untuk menggilap bakat lakonan yang saya ada.

“Soal glamor dan popular, saya tak fikir sangat kerana itu adalah bonus. Saya pun tidak pernah rasa diri dah popular kerana saya hanya nak terus bekerja,” katanya Harian Metro.

Hampir sedekad berlakon dan kali pertama menjadi perhatian penonton menerusi drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir, Syafiq berkata hingga kini dia berusaha gigih mempertahankan bakat lakonannya.

“Pada tahap sekarang, glamor dan populariti bukan lagi jadi keutamaan, sebaliknya saya lebih ke arah berusaha sedaya-upaya mempertahankan bakat lakonan ini untuk masa depan.

“Saya juga tak terfikir mahu cuba jadi pengarah lagi kerana masih belum puas berlakon. Bagi saya, sekarang biarlah perjalanan kerjaya seni ini diterokai sebagai pelakon dahulu,” katanya.

Menurut Syafiq yang popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer dan Nur ini, dia seorang yang tidak mahu bertindak terburu-buru dalam mencapai apa yang dihasratkan dalam hidupnya.

Memandangkan sekarang sudah hampir dua bulan dia tidak bekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syafiq berkata dia juga tidak bimbang soal kewangan yang terjejas.

Katanya, soal pendapatan terjejas memang tak dapat dielak, tapi kita kena tetap percaya pada  rezeki Allah. Apapun, ketika ini yang  lebih dipentingkannya ialah  tahap kesihatan mental.

“Sejujurnya, saya sekarang sangat meniik beratkan tahap kesihatan mental sendiri, kerana apabila mental kuat ia dapat mengelakkan diri daripada terjebak masalah kemurungan di kala pandemik yang membimbangkan ini,” katanya.

Bagi kerjaya lakonannya, Syafiq akan muncul dengan drama Suara Hati sebanyak 13 episod, arahan Emi Sufian yang disiarkan slot Tiara di Astro Prima mulai esok, jam 6 petang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat