SPRM Syor Gubal Akta Wajib Ahli Parlimen Dan Dewan Negara Istihar Harta

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar satu akta digubal untuk mewajibkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Dewan Negara dan anggota pentadbiran mengistiharkan harta masing-masing.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak berbuat demikian.

Pada Selasa, SPRM mengesyorkan supaya satu akta digubal di Parlimen bagi mewajibkan anggota pentadbiran, ahli Parlimen dan Dewan Negara mengisytiharkan harta masing-masing.

Sementara itu, tidak sampai 10 peratus ahli Parlimen yang masih belum mengisytiharkan harta masinmasing seperti yang disyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihaknya mempunyai senarai mereka yang belum berbuat demikian sama ada wakil rakyat kerajaan atau pembangkang.

“Pihak Parlimen sudah menghantar surat kepada mereka untuk isytiharkan harta.

Ada antara mereka mempunyai sebab-sebab tertentu tidak dapat isytiharkan harta ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Ahad.

Sementara itu, mengenai kes makan durian dalam sebuah kebuh durian di Batu Pahat pada hujung bulan lalu hingga tular dalam media sosial, Mohd Rashid berkata, semua yang terlibat sudah dipanggil polis untuk memberikan keterangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat