U.K’S mahu lebar sayap ke negara jiran

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya ada pergi buat ‘check up’ dengan pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) untuk lihat keadaan tekak. Perlu check kerana babitkan puluhan lagu.

“Jadi perlu check vokal kod. Doktor masukkan kamera ikut hidung untuk tengok adakah berlaku bengkak atau luka kerana saya dah praktis dalam minggu ini di Istana Budaya sahaja sampai empat jam,” kata penyanyi Amir UK’s yang beraksi dalam Konsert U.K’S Reunion 25 Tahun di Istana Budaya malam tadi.

Menurutnya, dia risau sekiranya berlaku bengkak di vokal kod yang akan mengganggu nyanyiannya.

“Alhamdulillah…cuma ada sikit sahaja luka dan doktor bagi ubat untuk kecutkan dalam masa tiga hari lepas.

“Memang berdebar sebenarnya kerana kerisauan dia adalah bila kita serak. Ia akan menganggu vokal kod. Tapi bila saya sambung dengan ubat dan rehat yang cukup, persembahan saya malam ini sangat baik,” katanya ditemui selepas konsert berakhir.

Bercakap mengenai konsertnya, Amir berkata, ia adalah malam yang benar-benar menguji kemampuannya dan anggota lain iaitu Rozdenil Toni (Denil) pemain gitar, Mohd. Saleh Mohd. Alias (Olley), pemain bass, pemain dram, Amiruddin Sharif (Amirul) dan pemain gitar undangan Mus Satira.

“Maklumlah semuanya dah umur lebih 50. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ia bukan tamat di sini saja kerana kami ingin lebarkan sayap ke Singapura dan Indonesia.

“Sokongan peminat amat kami harapkan agar hajat dihati tercapai. Untuk konsert ini sahaja, kami mula berlatih sejak Disember,” katanya.

UK’S menyampaikan sebanyak 25 buah lagu hit mereka pada konsert selama dua jam itu.

Hari ini malam terakhir konsert

Konsert U.K’S Reunion 25 Tahun. Tiket konsert anjuran Mac Training Centre Sdn. Bhd. bersama RCD Concepts Sdn. boleh didapati menerusi laman sesawang http://ilassptickets.com.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat