Usaha kerajaan selari titah Agong,” kata PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menilai titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayayuddon Al-Mustafa Billah Shah berkenaan sidang Parlimen adalah selaras dengan usaha kerajaan buat masa ini,” kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau komitmen kerajaan ke arah pembukaan Parlimen seiring seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

“PAS menjunjung kasih ke hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Raja-Raja Melayu yang mengambil perhatian berat terhadap usaha menghadapi pandemik Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.

“Keprihatinan Baginda Tuanku dan seluruh Duli-Duli Raja-Raja Melayu perlu disambut secara serius oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan Malaysia bebas daripada wabak Covid-19,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menganggap tindakan yang diambil oleh Baginda Tuanku bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik dan mendengar taklimat daripada agensi-agensi kerajaan, menunjukkan bahawa Baginda Tuanku amat mengambil perhatian terhadap situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Ini turut membuktikan Institusi Raja-Raja Melayu jelas menjadi payung kepada seluruh rakyat tanpa mengira kepercayaan agama dan fahaman politik,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PAS menyanjung tinggi titah pandangan Baginda Tuanku yang menekankan supaya semua pihak mewujudkan suasana tenang dengan mengurangkan politiking supaya kerajaan dan semua pihak dapat memberikan fokus untuk menghadapi wabak itu dan menjaga kebajikan rakyat yang terkesan daripada wabak itu.
Advertisement

PAS juga, kata beliau menjunjung tinggi titah pandangan Tuanku agar kerajaan segera mengadakan sidang Parlimen, mempercepatkan pemberian vaksin serta penting adanya kerajaan yang stabil dan kukuh berfungsi dengan efektif menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“PAS melihat perkara ini adalah selaras dengan usaha yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini,” kata beliau.

Tambahnya, PAS yakin dengan usaha dan komitmen Kerajaan Persekutuan yang telah berjaya memberikan suntikan vaksin Covid-19 secara konsisten melebihi 200,000 dos sehari.
Menurutnya, ia sebagai kayu ukur dalam mencapai target 80 peratus rakyat divaksin sehingga hujung tahun ini.

“Selaras dengan strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, PAS melihat perancangan kerajaan melalui empat fasa yang dikemukakan mampu menguruskan krisis kesihatan dan memulihkan ekonomi negara dengan baik,” jelasnya.

Rabu lalu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya exit strategy bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Sehubungan dengan itu, ujar Tuan Ibrahim lagi Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus (herd immunity) dapat dicapai seawal mungkin.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Pada 10 Jun lalu, Tuan Ibrahim mewakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat