Los Angeles: Penyanyi Billie Eilish, 19, dihentam netizen selepas video dia menghina loghat orang Asia menjadi tular.
Dalam sebuah video TikTok dikongsi pengguna bernama @lcxvy itu, Eilish dilihat menyebut perkataan ‘ch*nk’ yang merujuk kepada orang Cina dalam bahasa kesat.
Penularan video terbabit jelas mengejutkan ramai peminatnya. Rata-ratanya meminta penyanyi itu membuat permohonan maaf.
Ada juga yang membelanya disebabkan Eilish memiliki masalah membabitkan percakapan iaitu sindrom Tourette. Dia dilaporkan memiliki sindrom itu pada 2018.
Bagaimanapun, netizen tidak puas hati dan melabelkan tindakan penyanyi itu sebagai perkauman. Mereka nyata terkilan dengan keperibadian sebenar penyanyi itu.
Skandal terbabit menyusul selepas Eilish terdahulu mengejutkan ramai mengenai status seksualnya. Dia dikatakan memberi bayangan dirinya tertarik dengan kaum sejenis.
Agensi