Tiga anak bakal beri keterangan perbicaraan Angelina Jolie, Brad Pitt

- Advertisement -

Los Angeles: Peguam mewakili Angelina Jolie, 46, memaklumkan tiga anaknya bersama Brad Pitt, 57, bakal tampil untuk memberi keterangan menentang bekas suaminya itu berhubung hak penjagaan mereka.

Dokumen itu difailkan peguamnya pada Disember tahun lalu di mana tiga anak yang tidak dinyatakan siapa bersetuju memberi keterangan pada prosiding akan datang kes itu.

“Anak-anak mereka itu sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang berlaku mengenai isu penjagaan berkenaan. Perbicaraan itu semestinya akan memberi kesan kepada emosi mereka.

“Tiga daripada mereka bersetuju untuk beri keterangan. Mereka tidak mahu sekadar menjadi pemerhati dan mengikuti perbicaraan yang akhirnya akan jadi sia-sia,” katanya.

Dokumen itu difailkan sebagai usaha Jolie untuk menyingkirkan Hakim John Ouderkerk daripada terbabit dalam perbicaraan itu yang dikatakan ada pertalian dengan pasukan peguam Pitt.

Pelakon filem Salt itu sebenarnya sudah memohon untuk menyingkirkan Ouderkerk pada Ogos tahun lalu, namun permohonannya ditolak dan hakim berkenaan masih dikekalkan untuk mengendalikan kes mereka.

Terdahulu, anak sulung mereka Maddox, 19, sudah dibenarkan memberi keterangan pada Mac lalu memandangkan dia sudah cukup umur untuk berbuat demikian. Dan, ternyata Maddox tidak berpihak kepada Pitt.

Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 9 Julai ini.

Kes perbicaraan Jolie dan Pitt semakin ‘panas’ apabila masing-masing mahukan hak penjagaan terhadap anak-anak mereka.

Pada Mei lalu, Jolie tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah apabila memberikan Pitt hak penjagaan bersama.

Pasangan yang bercerai secara rasmi pada 2019 itu memiliki enam cahaya mata iaitu Maddox, 19; Pax, 17; Zahara, 16; Shiloh, 15; serta pasangan kembar Knox dan Vivienne, 12.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat