India & China Di Ambang Perang Ke?

- Advertisement -

MEDIA India dan China masing-masing melaporkan kematian anggota tentera di pihak bertentangan dalam konflik terbaru yang meletus di kawasan sempadan kedua negara.

Agensi berita China melaporkan 20 orang tentera India terbunuh dalam satu konfrantasi di Wilayah Ladakh, manakala media India pula menyatakan 43 tentera China mati dalam kejadian sama yang berlaku Isnin lepas.

Empat orang tentera India dilaporkan parah.

Tentera India mengesahkan laporan media China mengenai kematian 20 anggota tenteranya dalam konfrantasi tersebut sementara tiada apa-apa pengesahan di pihak China.

Kementerian Pertahanan China hanya kemudiannya mengesahkan berlaku kematian dalam kejadian tersebut tapi tidak memberikan berapa jumlah yang tetlibat.

Ketegangan memang wujud disepanjang sempadan kedua negara sepanjang 3,500 km itu, tapi tidak pernah melibatkan kematian sejak 1975.

Pertempuran yang dikatakan berlaku pada Isnin itu dikatakan bermula di kawasan berbatu yang ada kepentingan strategik kepada kedua negara, Lembah Galwan yang terletak antara Tibet, di China dan Ladakh di India

Tentera dari kedua-dua negara dikatakan saling berbalas tumbukan dan membaling batu antara satu sama lain, dengan tentera China dikatakan menggunakan batang besi dan kayu berpaku dalam pergaduhan yang berlangsung selama 6 jam itu, menurut laporan Hindustan Times pada Rabu.

– AlJazeera

(Terjemahan- SuaraTV)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat