Kemenangan Manchester City Tangguhkan Kejuaraan Liverpool

- Advertisement -

MANCHESTER City berjaya mencatat kemenangan pertama selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung dengan menumpaskan Arsenal yang beraksi 10 pemain 3-0 di Etihad.

Saingan utama England itu kembali dengan melakukan pasukan, pemain dan pengadil menyertai protes ke atas isu perkauman.

Pemain kedua-dua pasukan bersama-sama melutut sebelum melakukan sepak mula, termasuk ketika aksi antara Aston Villa dan Sheffield United, pada perlawanan pertama selepas 100 hari liga terhenti akibat Covid-19.

“Saya sangat malu dengan apa orang kulit putih lakukan terhadap orang kulit hitam. Kita harus lakukan banyak perkara ke atas orang kulit hitam, di mana kita tidak berbuat apa-apa sebelum ini,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.

Kemenangan City merapatkan jurang dengan Liverpool yang berada di tangga teratas selepas dibezakan 22 mata dan ini bermakna The Reds masih belum selamat diiktiraf sebagai juara ketika berdepan Everton bagi aksi seteru Merseyside Ahad ini.

“Kami jangkakan perlawanan akan menjadi aneh. Selepas 10 minit kami dapat menyesuaikan diri,” kata Raheem Sterling.

Ketika City sudah mula mendapat sentuhan mereka, Arsenal pula terganggu dengan dua kecederaan awal.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta membuat percaturan berani ketika kembali ke Etihad, di mana beliau menghabiskan masa tiga tahun setengah sebagai pembantu Guardiola.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu meletakkan Alexandre Lacazatte, Nicolas Pepe dan David Luiz di bangku simpanan, sementara Mesut Ozil tidak berada dalam skuad walaupun peraturan sementara membenarkan sembilan pemain simpanan boleh disenaraikan.

Bagaimanapun, perancangan Arteta terganggu selepas 20 minit perlawanan berlangsung apabila Granit Xhaka dan Pablo Mari terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

“Semuanya serba tidak menjadi bermula di minit pertama lagi apabila Granit mengalami kecederaan,” kata Arteta.

Sterling memecah kebuntuan sebelum rehat apabila Luiz gagal mematahkan hantaran lintang Kevid De Bruyne dan ia adalah gol pertama pemain antarabangsa England itu pada tahun ini.

Lima minit separuh masa kedua berlangsung tugas Arsenal menjadi semakin sukar apabila Luiz menjatuhkan Riyad Mahrez dalam petak penalti dan dia dilayangkan kad merah.

De Brune tenang menyempurnakan sepakan penalti menumpaskan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno dan gol ketiga City hadir melalui pemain gantian, Phil Foden pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, kemenangan City terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila pertahanan Eric Garcia terpaksa diusung keluar selepas berlanggar dengan penjaga gol sendiri, Ederson.

“Dia sedar, ia satu petanda bagus tapi dia perlu berehat panjang,” kata Guardiola mengenai keadaan Garcia.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat