Dua Stesen Minyak Di Sempadan Perlis-Thailand Tak Bersubsidi, Selamatkan Pendapatan Negara – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan projek rintis Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi) di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, projek itu dilaksanakan di Perlis iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian.

Jelas beliau, projek ini dapat menyelamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan.

Malah kata Zahid lagi terdapat peluang untuk meningkatkan pendapatan negara melalui cukai jualan yang dikenakan ke atas kenderaan asing.

“Laporan awal mendapati bahawa data jualan bahan petroleum bersubsidi menunjukkan penurunan sebanyak 13.2 peratus bagi diesel dan 15.7 peratus bagi RON95 di 38 buah stesen minyak di Perlis untuk tempoh dua bulan pertama. Jumlah penjimatan subsidi kerajaan adalah sekitar RM5 juta.

“Dua stesen minyak tanpa subsidi di Perlis tersebut mengalami peningkatan jualan sebanyak 14.75 peratus bagi diesel tanpa subsidi dan 43.27 peratus bagi RON95 tanpa subsidi.

“Perbezaan harga komersial di Malaysia masih murah berbanding di Thailand dengan harga jualan RM3.05 per liter berbanding RM4.62 per liter bagi Petrol RON95 manakala RM3.00 per liter berbanding RM4.24 per liter bagi diesel,” kata Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas Majlis Tindakan Kos Sara Hidup pada Khamis.

Ujar beliau lagi, hasil libat urus KPDN bersama agensi penguatkuasaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) mendapati bahawa aliran trafik kenderaan asing adalah tinggi terutama di bahagian utara Semenanjung.

“KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutama di Kelantan. Negeri lain yang menyusul adalah Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.

“Sepanjang pelaksanaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 6,095 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lain-lain premis, dan sejumlah 183 kes (termasuk 75 kes serahan agensi) telah dihasilkan melibatkan stesen minyak, rumah, pemborong, kuari, bengkel kenderaan dan lain-lain dengan nilai rampasan sejumlah 2,262,434 liter minyak diesel keseluruhan dianggarkan bernilai RM4,933,692.

“Seramai 124 orang warganegara tempatan dan 39 orang warganegara asing yang menjadi jumlah keseluruhan 163 orang yang ditahan sepanjang tempoh yang sama pelaksanaan OPS TIRIS ini,” kata Zahid lagi.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri juga telah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka lebih banyak pasar tani mengikut kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.

Kata Zahid penambahan jumlah pasar tani itu sebagai usaha memastikan kecukupan bekalan makanan terutama di kawasan berkepadatan tinggi.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menjalankan kajian khas profil kependudukan bagi empat daerah pentadbiran terpilih berikut bagi melihat taburan penduduk dan kepadatan penduduk mengikut mukim dalam daerah Bagan Datuk, Port Dickson, Petaling, dan Samarahan.

“DOSM mencadangkan minimum satu pasar tani bagi mukim dengan penduduk di antara 3,001-5,000 orang. Manakala, bagi penduduk 100,001 ke atas, dicadangkan minimum 10 pasar tani. Penemuan kajian ini mendapati secara keseluruhannya, dicadangkan sekurang-kurangnya 3,791 pasar tani di Semenanjung Malaysia,” ujar Zahid.

Secara keseluruhan katanya, adalah dicadangkan untuk menambah 3,791 untuk Semenanjung Malaysia, 64 pasar tani untuk Sabah, 24 pasar tani untuk Sarawak dan menjadikan keseluruhan cadangan penambahan pasar tani ialah 3,879 outlet.

Tambah Zahid, jumlah penambahan outlet tersebut adalah sedang diteliti FAMA bagi tindakan selanjutnya supaya semua rakyat tanpa mengira latar belakang dapat menikmati bekalan makanan yang mencukupi dengan harga mampu bayar.

“Adalah wajar agar semua bersama-sama Kerajaan Malaysia MADANI mengembleng usaha dalam membantu rakyat serta mengurangkan berpolemik.
Kos sara hidup adalah agenda nasional dan menuntut “whole nation approach”,” katanya.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat