KJ Boleh Sertai Bersatu Tapi Zahid Enggan Dedah Strategi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamluddin Abu Bakar boleh menyertai mana-mana parti yang membuat tawaran kepadanya memandangkan beliau bukan lagi ahli Umno.

“Itu hak dia (Khairy) dia nak ke mana pun, dia bukan ahli Umno dah,” jawab Zahid ringkas.

Bagaimanapun Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mendedahkan strategi yang sedang direncanakan beliau dan Umno merujuk kepada kes Khairy.

Ditanya adakah Zahid dan Umno akan melakukan rundingan bersyarat kepada Khairy, Timbalan Perdana Menteri hanya memberi reaksi bahawa beliau tidak akan mendedahkan strategi yang akan diambil.

“Saya tidak akan dedahkan strategi, kalau saya kongsi strategi ia tak jadi strategi lagi,” ujar Zahid ketika sidang di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis.

Semalam, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada Umno, pada Januari lalu.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

“Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber.

“Sebenarnya, dia tak mohon untuk masuk (Bersatu) tetapi saya tawar dia menyertai. Tawaran masih ada dan saya ada bertanya lagi (perkembangan menyertai Bersatu) ketika dia menghadiri rumah terbuka saya tempoh hari.

“Khairy bagaimanapun belum memberi sebarang keputusan. Saya rasa tak mengapa, kita tak mahu menggesa dia tetapi harapan BERSATU adalah dia menyertai kita dan bantu membina kekuatan parti,” kata Muhyiddin.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat