Jangan Beli Tiket Coldplay Daripada ‘Ulat’, Penjual Boleh Kena Tindakan – Menteri KPDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan pengguna tidak membeli tiket konsert Coldplay daripada ‘ulat tiket’ yang terang-terangan mengaut untung atas angin.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penjualan semula tiket konsert Coldplay yang ditawarkan dengan harga tidak munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Jual semula tiket Coldplay dengan harga RM43,000, saya rasa rakyat Malaysia ini bijak. Jangan beli daripada ulat, beli daripada ejen yang dah disahkan.

“Itu saya rasa KPDN setakat ini tidak terima laporan rasmi, kalau ada laporan rasmi kita akan beri nasihat kepada rakyat – apa pun nak menonton, biar bijak dan jangan sampai harga RM43,000 itu tidak munasabah tapi kalau ada aduan kita akan beri nasihat.

“Sebenarnya ada Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599) ia adalah undang-undang Malaysia yang bertujuan untuk melindungi hak-hak pengguna memastikan perlindungan yang adil dan saksama terhadap pengguna di Malaysia,” katanya kepada pemberita ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) pada Khamis.

Tular di media sosial mengenai kewujudan akaun-akaun di pelbagai platform yang menjual semula tiket konsert Coldplay namun ia dikatakan dikendalikan oleh ‘scammers’.

Selain itu, wujud tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan itu dengan harga hingga mencecah RM43,200 hingga mengundang kecaman orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarah untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket konsert Coldplay di media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat