Pesakit guna marijuana untuk perubatan alternatif tak wajar kena hukum gantung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hukuman gantung diklasifikasikan sebagai hukuman yang terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan mereka memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis dan hem.

Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan para pesakit mencari perubatan alternatif ini tidak boleh sesekali disamakan dengan jenayah bunuh misalnya – apabila hukuman gantung dikenakan.

“Pada pagi Rabu, 18 Mei 2022, saya telah menghadirkan diri ke sebutan kes saudara Yasin di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

“Sebagai Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, saya ada beberapa ulasan umum berkenaan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan,” katanya.

Ahli Parlimen Muar itu menggesa, kerajaan harus mengiktiraf bahawa banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Mereka ini bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

“Kedua, sudah tiba masanya negara Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan. Langkah yang diambil di negara lain ini juga perlu dilihat sebagai satu dorongan untuk kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera.

“Malah, badan kesihatan dunia seperti World Health Organisation (WHO) juga mengiktiraf bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada para pesakit.

“Ketiga, saya telah berjumpa dan melakukan perbincangan bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Antara yang saya tegaskan
adalah memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi pertimbangan yang lebih tinggi dalam isu penggunaan kanabis. Malah, hakim-hakim juga perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes-kes berkaitan penggunaan kanabis untuk perubatan,” jelas beliau.

Ini kerana kata Syed Saddiq, kita perlu mengendalikan kes-kes ini dengan cermat supaya pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka.

“Saya akan mengikuti perkembangan kes saudara Yasin dari masa ke semasa. Malah saya akan terus berhubung rapat dengan keluarga beliau.

“Kes mahkamah saudara Yasin ini sudah pasti akan menjadi satu rujukan untuk Ahli-Ahli Parlimen seperti saya dalam usaha untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan penggunaan kanabis dan hem untuk tujuan perubatan.Semoga kes ini berjalan dengan lancar,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat