Anna Jobling idam jadi lebih Melayu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Anna Jobling, 22, sudah lali berdepan tanggapan dirinya terlalu ‘mat salih’ namun baginya ia bukan isu besar untuknya menonjolkan diri sebagai pelakon Melayu.

Pelakon kacukan Inggeris-Melayu terbabit juga sebolehnya ingin utamakan watak yang memerlukan dia bertutur bahasa Melayu sepenuhnya dan bukan skrip bahasa Inggeris.

“Sejak kecil lagi, saya sering diberitahu ‘you’re too white’ apabila menjayakan komersial TV. Sebelum ini pun, saya akui memang tak pandai langsung cakap bahasa Melayu.

“Tapi sekarang bukan isu pasal saya terlalu ‘mat salih’ atau tidak. Asalkan boleh membawa watak dengan baik, itu lebih penting,” katanya.

Menurut Anna, di awal pembabitannya sebagai pelakon juga sebenarnya agak terhad kerana sering diberikan watak yang bertutur bahasa Inggeris.

“Awal dulu, saya banyak karakter yang cakap inggeris sepenuhnya. Tapi sekarang saya memang nak sangat watak yang betul-betul Melayu dan skrip sepenuhnya Melayu.

“Kalau ada skrip inggeris pun, biarlah sedikit saja, saya okay,” katanya.

Anna juga menolak untuk cipta kontroversi demi menaikkan namanya. Dia lebih suka reputasi kerjanya menjadi bualan tanpa perlu sebarang kontroversi.

“Saya tidak kisah kalau naik secara perlahan tapi konsisten. Saya tak nak naik secara mendadak hanya kerana kontroversi tapi selepas itu jatuh menjunam sekelip mata,” katanya.

Anna ditemui pada sidang media maya drama lakonan terbarunya berjudul Melur Untuk Firdaus. Dia bergandingan dengan Merqeen untuk drama tayangan di TV3 terbabit.

Diarahkan Zamri Zakaria, drama itu akan mula ditayangkan pada 27 Mei itu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama itu adalah adaptasi daripada novel My ‘Rude’ Wife karya Cik Nor Cinta.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat