Kawalan Ketat Sekitar Parlimen Ketika Penggubal Undang-Undang Mula Tiba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mengadakan kawalan ketat sepanjang jalan menuju ke bangunan parlimen ketika ahli-ahli parlimen mula hadir untuk memulakan persidangan penggal ketiga dewan rakyat dibawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang baru.

Sebahagian jalan parlimen ditutup pihak berkuasa dengan pengamal media diminta tidak menghalang jalan disamping mengamalkan penjarakan sosial berikutan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang.

Beberapa orang Menteri dan ahli parlimen seperti ahli parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul dilihat tiba di bangunan parlimen seawal 9 pagi.

Bekas Perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dilihat hadir di parlimen pada jam 9.25 pagi. Datuk Seri Najib Tun Razak pula hadir pada jam 9.30 pagi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan menyampaikannya titah ucapan diraja apabila membuka persidangan pertama parlimen. Baginda tiba pada jam 9.55 pagi.

Mesyuarat kedua parlimen dijangka akan diadakan pada 13 Julai yang akan datang – sumber The Star

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat