Setelah Hampir 2 Tahun, Ahli Parlimen BN Kembali Ke Blok Kerajaan

- Advertisement -

PERSIDANGAN parlimen hari ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai antara paling singkat pernah diadakan berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara kita, bahkan turut menyaksikan ahli-ahli parlimen BN kembali semula ke blok kerajaan setelah hampir 2 tahun berada di blok pembangkang.

Ini berdasarkan perkongsian gambar oleh ahli Parlimen Air Hitam (BN), Datuk Seri Wee Ka Siong yang memperlihatkan beliau berada di sebelah kanan tempat duduk Speaker yang diperuntukkan untuk wakil rakyat pro kerajaan.

Tidak dapat dipastikan dimana tempat duduk beberapa ahli parlimen PPBM yang tidak sehaluan dengan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama ada di blok pembangkang atau di blok bebas.

Pakatan Harapan sebelum ini sepakat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang yang baru berikutan perubahan tampuk kepimpinan kerajaan awal Mac lepas melalui pembentukan kerajaan persekutuan oleh Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin.

Kredit Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat