Harga Tiket Penerbangan Sehala Ke Sabah, Sarawak Turun – Wee Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harga tiket penerbangan sehala kelas ekonomi ke kebanyakan destinasi dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak turun ketara, bagi tempoh penerbangan pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, dari 27 April hingga 8 Mei.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata penurunan itu hasil kata sepakat kerajaan dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat-syarikat penerbangan domestik, berhubung isu harga tambang tiket tinggi ke kedua-dua negeri berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian MAVCOM pada 16 April, harga tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh pemerhatian (27 April hingga 8 Mei) adalah antara RM105 dan RM1,398 manakala bagi 29 April hingga 1 Mei (tempoh puncak), harga tambang sehala antara RM195 dan RM1,398.

“Daripada julat harga tambang tersebut, majoriti harga tiket penerbangan tersedia untuk pembelian bagi semua laluan ekonomi sehala ke Sabah dan Sarawak pada tempoh yang dipantau hanyalah antara RM300 ke RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wee berkata keadaan itu berbeza sebelum dan pada 14 April, iaitu julat harga tambang penerbangan sehala bagi kelas ekonomi untuk tempoh tersebut adalah antara RM105 dan RM2,084, manakala bagi tempoh puncak harga antara RM195 hingga RM2,084.

“Daripada julat harga tambang tersebut, majoriti harga tiket penerbangan ekonomi sehala antara RM700 ke RM1,200. Sesungguhnya ini merupakan berita yang amat menggembirakan kepada ahli Keluarga Malaysia yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengguna agar mengambil peluang penurunan harga itu untuk merancang perjalanan dan membeli tiket penerbangan mereka dengan segera, bagi mendapat manfaat daripada tambang penerbangan yang berkemungkinan lebih rendah serta tawaran penerbangan lebih baik. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat