Asing Sukan Ikut Kaum, KPM Ambil Tindakan Terhadap Sekolah

KUALA LUMPUR- Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap sebuah sekolah menengah di Johor, yang dikatakan menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulum kepada pelajar Tingkatan Satu termasuk sukan, terbuka untuk satu kaum sahaja.

Terkejut dan dukacita dengan perkara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyatakan, panduan yang dikeluarkan sekolah itu bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.

“Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka. Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan.

“Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka, Aku kaum lain, maka… tidak sama sekali. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaan yang jitu,” menurutnya dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.

Kata beliau, sukan adalah wadah yang mampu mewujudkan semangat kebersamaan yang jitu, dan medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan antara semua kaum.

“Penyokong juga begitu. Bila pasukan atau atlet Malaysia bertanding, tanpa mengira siapa mereka, seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dengan penuh semangat patriotik bangkit menyokong sepenuh jiwa.

Semalam, tular di media sosial satu surat dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.

Berdasarkan kandungan surat itu, seorang pelajar hanya dibenarkan memilih satu jenis sukan daripada 12 jenis sukan yang ditawarkan, malah syarat kaum diletakkan bagi sukan yang perlu dipilih pelajar ketika mendaftar dalam talian.

Misalnya, sukan bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola keranjang untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja, manakala sukan sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu sahaja.

/

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...