Shafie Afdal Sebagai PM? Itu Tidak Logik Kata Pemimpin PKR

- Advertisement -

PETALING JAYA: Tidak logik untuk menyebarkan sebarang spekulasi mengatakan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri sekali gus mengetepikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dengan Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk R. Ramanan berkata, Shafie juga tidak pernah menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak mahu beri komen mengenai perkara ini tetapi harus kita tahu bahawa saya berpendapat kenyataan untuk mengangkat ahli Parlimen Semporna ini datangnya daripada dirinya sendiri.

“Shafie juga tahu calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri ketika ini adalah Anwar dan tidak pernah saya dengar Shafie menawarkan diri. Ini hanyalah spekulasi nakal yang diwujudkan pihak yang mungkin mahu menggoyahkan komponen pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Ramanan, kepentingan rakyat yang harus diutamakan kerana keadaan negara yang masih ‘bergelut’ dengan peningkatan kes penularan wabak Covid-19 terus beri kesan negatif kepada ekonomi dan pendapatan orang ramai.

Sementara itu, ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PKR akan terus menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri daripada PH.

“Isu ini sudahpun dibincangkan dulu dan daripada PH, kami semua sebulat suara mengangkat Anwar sebagai calon. Ketika itu, tiada siapa yang bangkang.

“Saya berpendapat tidak perlu untuk membangkitkan isu ini kerana semestinya tiada persoalan yang tidak terjawab lagi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat