Pemimpin UMNO Yang Tidak Sedar Diri, Sudah-sudahlah Mengadu-domba Kata Asyraf Wajdi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi teguran kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang masih tidak sedar diri agar menghentikan mengadu-domba serta mencetuskan persepsi ‘Rumah dah siap, pahar masih berbunyi,.

Tegasnya lagi, rakyat tidak mahu dengar lagi cerita politik dalaman UMNO. Selain itu katanya, Perhimpunan Agung UMNO sebagai platform tertinggi parti telahpun buat ketetapan ‘No DAP, No PKR, No PPBM!.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noranin Ahmad yang menegaskan Wanita UMNO tidak pernah berjumpa Presiden untuk sokong Anwar Ibrahim dan mengucapkan terima kasih Datuk Seri Noraini Ahmad yang bingkas dan pantas mencairkan fitnah.

“Rakyat tidak mahu dengar lagi cerita politik dalaman UMNO!

“Cubalah selami isu rakyat ketika ini!

“Rakyat susah nak cari makan!

“Rakyat marah dilayani ‘dwi-standard’ dalam SOP dan Kompaun!

“Rakyat kecewa ketika mereka mengikat perut, ada pemimpin masih berjoli sakan!

“Rakyat resah tak boleh bersama keluarga di kampung menyambut lebaran! tegas melalui catatan Facebook beliau.

Kata Asyraf, kalau pemimpin-pemimpin UMNO tersebut masih ada sekelumit perasaan simpati dan belum ‘mati rasa’, fokuslah agenda bantu rakyat dan berani bersuara bagi menggemakan denyut nadi mereka!

Paling tidak, lebih baik berdiam diri dan fokus mengejar pahala berganda di bulan penuh barakah dan maghfirah Ramadan Al Mubarak, ujarnya. -SuaraTV

 

May be an image of 1 person and text that says "UMNO ONLINE UMNO Online 33 mins … Noraini Tegaskan Wanita Tak Pernah Berjumpa Presiden Untuk Sokong Anwar Ibrahim i UMNO ONLINE Noraini Tegaskan Wanita Tak Pernah Berjumpa Presiden Untuk Sokong Anwar Ibrahim"

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat