Siasat KK Mart di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan – Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, sebanyak 13 laporan polis telah dibuat di setiap negeri berhubung perjualan stoking tertera nama Allah di KK Mart.

Kata Dr Akmal, dalam laporan tersebut menggesa pihak polis menyiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekerasnya.

Ujarnya lagi, seluruh rakyat Malaysia menunggu hasil siasatan dari laporan ini.

“Kalau sebelum ni siasatan polis terhadap kes kalimah Allah di stokin dan dijual di kk mart tidak boleh dilakukan kerana tiada laporan, ,aka laporan polis di seluruh Malaysia telah kami lakukan.

“Sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan telah dibuat di setiap negeri
Seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan dari laporan ini

“Kami minta agar ia disiasat di bawah seksyen 298(A) kanun keseksaan dan diberikan hukuman yang sekerasnya agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin bermain dengan isu 3R ini,” kata Dr Akmal menerusi kenyataan Facebooknya.

Dalam pada itu, menurut Dr Akmal lagi, hari ini adalah hari ke-2 Pemuda UMNO mendesak untuk KK Mart meminta maaf di setiap cawangan mereka di Malaysia.

“Saya nak mohon anda semua cuba check kk mart di kawasan anda ada x menaikkan kenyataan mohon maaf di kedai mereka?

Cuba kongsi di sini, dan kepada mana-mana  individu yang nak jadi hero pertahankan isu ini dan minta jangan perbesarkan isu ni.

“shame on u sebab tunduk pada taukey besar!!!,” katanya lagi.

Terdahulu pada Sabtu, Dr Akmal Saleh berkata, sayap pergerakan pemuda UMNO seluruh Malaysia akan membuat laporan polis terhadap KK Mart susulan penjualan stoking sekolah tertera kalimah Allah.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia yang terjejas dan terkesan apa yang telah berlaku di KK Mart ini untuk sama-sama buat laporan supaya polis boleh ambil tindakan.

“Kalau tak boleh siasat tak ada laporan, maka pemuda UMNO seluruh Malaysia akan buat laporan polis mulai hari ini (Sabtu),

“Ayuh semua rakyat Malaysia,kita tunjukkan kepada mereka yang kurang ajar ini,bahawa negara ini masih lagi ada orang yang boleh mengajar mereka yang kurang ajar!!!,” tegasnya menerusi Facebook beliau.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat