Pemilihan Sebelum PRU-15 Dikhuatiri Undang Perpecahan Dalam UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dikhuatiri menyebabkan perpecahan dalam UMNO,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ujar beliau, keadaan ini hanya akan melemahkan jentera parti untuk bergerak dan mendapat semula mandat rakyat.

Menurutnya, menjadi kebiasaan setiap kali selesai pemilihan parti, tempoh tertentu perlu diambil bagi ‘fasa pemulihan’.

“Setiap kali pemilihan parti, dianggarkan 30 peratus kekuatan parti akan berkurang.

“Keadaan ini menjadikan kita tidak mampu mendapat kekuatan optimum dalam menghadapi PRU-15 dan mendapat mandat rakyat.

“Jadi Pergerakan Pemuda sepakat untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga selesai PRU-15,” katanya pada sidang media di WTC pada Jumaat.

Dalam pada itu, desakan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat bukan bermakna UMNO ‘gila kuasa’.

Katanya, PRU-15 perlu diadakan agar mandat dikembalikan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan dalam memilih kerajaan.

“Kerajaan yang ada kini bukan dibentuk daripada mandat rakyat dan ia perlu dikembalikan semula untuk rakyat buat pilihan.

“Kerajaan yang dibentuk tanpa mandat rakyat tidak stabil dan keputusan membubarkan Parlimen adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat