Kerjasama UMNO Dan DAP Mungkin Boleh Berlaku – Anthony Loke

SEREMBAN: Tidak timbul isu sama ada DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang mengambil faktor UMNO bukanlah lawan tradisi DAP di kerusi-kerusi yang ditandingnya.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mengambil kira perkara tersebut, pertembungan DAP dengan UMNO adalah sangat minimum.

Sehubungan itu, katanya, jadi sama ada akan berlaku kerjasama di antara kedua-dua parti itu tidak timbul.

“Kalau kita lihat kerusi yang ditandingi DAP setakat ini, mengikut pilihan raya lepas bertembung dengan UMNO hanya satu kerusi iaitu Cameron Highlands. Kebanyakan kerusi lain, kita tidak bertembung dengan UMNO.

“Musuh dan lawan tradisi kita ialah calon daripada MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC. Jadi, pertembungan kita dengan umno itu amat minimum. Persoalan adakah DAP sanggup kerjasama dengan UMNO, itu tidak timbul, sebab kerusi kita tidak bertindih dengan UMNO. Dari segi Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO, itu kita belum bincang, saya tak pasti,” katanya.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian dalam temu bual bersama Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dalam Program Khas Ulang Tahun ke-55 DAP, ‘Muhibah’ yang disiarkan di Facebook DAP, malam tadi.

Bagaimanapun, tegas beliau, tiada perbincangan antara DAP dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun mengakui apa juga boleh berlaku pada masa hadapan.

“Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya? Dinamik politik hari ini ia berubah, tidak ada sesiapa yang boleh katakan bahawa sesuatu itu tidak akan berlaku, langsung tidak akan berlaku, siapa yang boleh katakan itu? Tiada sesiapa.

“Sebab politik itu adalah seni yang berkemungkinan, kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan, namun menjawab soalan adakah DAP, UMNO sudah berbincang dalam PRU-15, jawapannya tidak,” katanya.

Jelasnya lagi, pendirian DAP adalah jelas bahawa tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pimpinan ataupun ahli Parlimen yang telah disabitkan dengan kesalahan dan digelar sebagai kleptokrat.

“Tetapi adakah kita tidak ada langsung kerjasama dengan UMNO, itu pun tidak betul sebab di Perak kita ada perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan UMNO, itu merupakan bentuk kerjasama. Di negeri Johor ada satu kerjasama tak rasmi juga bahawa kita bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan.

“Kalau kita lihat dalam konteks kerjasama itu, ia sudah wujud di Perak dan Johor sudah wujud. Ada kerjasama itu, tetapi adakah kerjasama itu rasmi? Ia boleh kata rasmi, boleh kata tidak rasmi, sebab dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) memang ada kerjasama tersebut, ada terjalin khususnya di negeri Perak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...