“Jika ada tergelincir, tersasar, Zahid doa Allah luruskan jiwa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdoa agar Allah memperkuatkan penyatuan ahli dan penyokong UMNO.

“Kita bermohon kepada Tuhan agar Yang Maha Agung perkuatkan sekuat-kuatnya penyatuan UMNO.

“Kita bermohon kepada Yang Maha Esa agar disatukan hati kesemua ahli dan penyokong Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

“Kita bermohon kepada-Nya demi UMNO disemai pintu kejayaan parti keramat nusa bangsa,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menambah “kita bermunajat dengan niat ikhlas suci murni UMNO untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Jika yang tergelincir lagi tersasar, kita bermohon Allah S.W.T luruskan jiwa-jiwa ini.

“Bukankah Allah S.W.T juga Yang Maha Membolak-balikkan Hati Manusia.

“Kepada Yang Maha Esa kita pohon agar pacaindera rakyat terserlah erti dan pedoman perjuangan ini.

“Jangan putus asa berdoa kerana apa yang dikehendaki Allah S.W.T pasti akan berlaku.

“Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti tidak akan berlaku,” ujar beliau.

Tambah Zahid, sedangkan Allah S.W.T sangat menyukai hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya.

“Kepada Allah S.W.T jua kita berharap dan kita bertawakal selepas segala daya upaya,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat