Cuma ada kelemahan tapi tiada salah laku dalam projek RM4 juta DBKL – Azam Baki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, dapatan itu ialah hasil semakan pihaknya terhadap dokumen yang dibekalkan oleh pihak DBKL pada 7 Februari lepas berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio DBKL.

“Bagaimanapun, semakan SPRM mendapati terdapat beberapa kelemahan dari segi tatakelola pada garis panduan DBKL dan ia perlu diperkemaskan.

“Oleh yang demikian, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (PBT) SPRM sedang meneliti amalan dan beberapa prosedur DBKL berkenaan proses perolehan dan pembayaran kepada pihak tertentu mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Pada 6 Februari lepas, SPRM dilaporkan sedang meneliti dokumen berkaitan dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Azam berkata, SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat