110 syarikat usahakan produk semikonduktor, bekalan mampan untuk domestik dan global

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pelaburan Negara (MPN) telah meluluskan pelaksanaan kerangka khusus Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang menggariskan hala tuju jelas bagi pembangunan 110 syarikat tempatan di dalam aktiviti bernilai tinggi.

Ini seperti reka bentuk litar bersepadu (IC design), pembungkusan maju (advanced packaging), dan peralatan pembuatan termaju (advanced manufacturing equipment).

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) menyasarkan pewujudan 10 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan hasil dianggarkan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion, serta menyokong tambahan 100 syarikat lain, masing-masing dijangka menjana hasil sekitar RM1 bilion.

“Selain itu, MPN turut meluluskan diplomasi semikonduktor sebagai salah satu tonggak strategik NSS.

“Strategi ini bertujuan memperkukuh kerjasama sinergistik dengan rakan kongsi antarabangsa dan negara-negara ASEAN ke arah memastikan rantaian bekalan yang mampan dan berdaya tahan bagi pemain semikonduktor domestik dan global,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat