Anwar larang pemimpin negara asing bertemu Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beberapa pemimpin negara asing bertemu dengannya.

Dalam audio siar Apa Cerita yang dimuat naik pada Selasa, bekas Perdana Menteri itu mendedahkan hasrat pemimpin-pemimpin negara luar untuk mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dihalang Anwar.

“Ada pemimpin negara asing (datang Malaysia) minta nak jumpa saya. Oh (Anwar kata) tak boleh, tak boleh jumpa.

“(Pemimpin itu datang) dari dua buah, tiga buah negara.

“Pemimpin-pemimpin itu kawan saya, kenal saya dan mereka datang ke Malaysia nak jumplah dengan saya, oh tak boleh,” dedah beliau.

Bukan cuma pemimpin tertinggi negara luar, bahkan Dr Mahathir memberitahu sekiranya penyokong Anwar sendiri ingin berjumpa dengan beliau bakal berdepan tindakan.

“Jangan sahaja (Anwar) bertemu dengan saya… orang lain nak jumpa saya pun tak boleh, tak dibenar.

“Kalau ada supportersnya jumpa saya, dia ambil tindakan,” kata Dr Mahathir lagi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menjangkakan sekiranya hubungan beliau dengan Anwar ‘baik-baik sahaja’ ketika ini tentunya banyak masalah negara dapat diselesaikan bersama.

Pun begitu bekas Perdana Menteri itu mendakwa Presiden PKR itu bukanlah jenis orang yang menerima nasihat daripada orang lain.

“(Tapi) macam mana nak berdamai?

“(Sebenarnya) boleh, (tapi) dengan syarat dia (Anwar) mengaku bahawa tuduhan dia bahawa saya curi duit itu tidak benar. Kalau dia mengaku yang tu saya sangguplah (berdamai),” katanya.

Ditanya tidak adakah peluang jalan rundingan antara kedua mereka.

Dr Mahathir menegaskan, Anwar bukan jenis orang yang menerima nasihat.

“Saya boleh bagi nasihat, saya boleh juga bagi pendapat.

“Saya fikir kalau kita bincang, kita boleh resolve (selesaikan) banyak masalah. Masalah ekonomi, masalah politik, masalah sosial, msalah peribadi pun boleh.

“Tapi dia tak nak langsung bertemu dengan saya. Jangan sahaja bertemu dengan saya orang lain nak jumpa saya pun tak boleh, tak dibenar,” dedah beliau.

Menurut beliau, tuduhan yang dilempar Anwar terhadapnya terkait maha kaya, curi wang negara dan juga pengkhianat dalam isu Pulau Batu Puteh sangat tidak masuk akal.

Dr Mahathir malah memberitahu sudah dua tahun beliau menanti bukti yang bakal didedah Anwar berkenaan tuduhan itu, namun masih bungkam.

“Macam mana nak berdamai? Boleh dengan syarat dia mengaku bahawa tuduhan dia bahawa saya curi duit itu tidak benar.

“Kalau dia mengaku yang tu saya sangguplah (berdamai),” ujar Dr Mahathir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat