Tidak Perlu Terlalu Emosi dan Ekstrem Dalam Kenyataan Berkempen PRN Johor – Mahdzir

- Advertisement -

LABIS – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti-parti yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, tidak perlu membuat kenyataan terlalu beremosi dan ekstrim.

Mereka juga disarankan tidak memburuk-burukkan antara satu sama lain.

“Sebenarnya tiap parti politik bertanding, masing-masing ada strategi, masing-masing ada proses media nak dikeluarkan, ada setengah daripada mereka terlampau emosional, ada yg terlampau emosi, ada yang terlampau optimistik nak bertanding.

“Jadi nasihat saya pertamanya tak payahlah terlampau ekstrem mengeluarkan kenyataan yang terlampau ekstrem, zaman sekarang ini proses peradaban bangsa dah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis Pekebun Kecil Makmur peringkat RISDA negeri Johor di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi RISDA Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal dan Ketua UMNO Bahagian Labis, Datuk Azahar Ibrahim.

Jelas Mahdzir lagi, parti yang bertanding juga perlu bijak menggunakan ruang yang ada terutama menerusi medium media massa dan media sosial.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menambah, jentera-jentera parti juga boleh mendapatkan kepercayaan pengundi tanpa perlu menghina atau menabur fitnah terhadap pihak lawan.

Ini kerana ujarnya, kenyataan mahupun tindakan yang terlalu beremosi hanya merugikan parti kerana rakyat hari ini semakin bijak membuat penilaian.

“Proses pendidikan yang di bina oleh bn 60 tahun, semua dah dapat masuk universiti, dah ada pendidikan, jadi dalam ruang lingkup masyarakat ni middle class, upper class dah ramai, civil society dah banyak, jadi tak payah bermaki hamun dalam media, cakap je benda apa kita nak buat, bagilah rakyat buat pilihan,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai pengagihan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen Barisan Nasional (BN), jelasnya, perkara itu sudah di peringkat akhir.

Katanya, UMNO dan BN akan menggunakan kaedah dan ramuan berbeza pada PRN Johor berbanding penglibatan pada PRN Melaka november lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat