Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan diganti Tengku Muhammad Fakhry Petra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Istana Kelantan menarik balik gelaran Tengku Mahkota yang dikurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan menganugerahkannya kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang juga Tengku Bendahara Kelantan.

Perkara itu dinyatakan dalam dua warta kerajaan Kelantan secara berasingan bertarikh 11 Januari 2024 yang disahkan oleh setiausaha kerajaan negeri Nazran Muhammad kepada NST semalam.

Menurut warta yang turut beredar di media sosial itu, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Majlis Perajaan Kelantan pada 4 Januari lalu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Bharu.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bawah Fasal (2) Perkara 27 Undang-undang Perlembagaan Tubuh KerajaanKelantan (Bahagian Kedua) yang dibaca bersama dengan Seksyen 27 Interpretation Acts 1948 dan 1967.

Tiada alasan dinyatakan susulan pertukaran pemegang gelaran itu.

Tengku Fa-iz, putera kedua almarhun Sultan Ismail Petra, memegang jawatan itu selama kira-kira 13 tahun bermula 18 Oktotober 2010.

Majlis Perajaan Kelantan ialah badan untuk mengesahkan kenaikan takhta dan kerajaan Kelantan.

Ia dianggotai oleh 20 anggota, termasuk setiausaha kerajaan negeri, mutfi, empat orang ahli kerabat diraja dan enam hingga 12 orang anggota berbangsa Melayu dan rakyat negeri itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat