SPRM sangkal dakwaan siasat Zuki Ali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan siasatan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Zuki Ali seperti didakwa di media sosial.

“Ia palsu, tiada perkara seperti itu,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki lapor FMT.

Pengguna media sosial di platform X yang dulunya Twitter, mendakwa sumber dari pejabat Zuki mengesahkan beliau disiasat melibatkan pelbagai isu.

Dalam hantarannya, pengguna itu menyenaraikan beberapa dakwaan tidak wajar dilakukan Zuki sehingga membawa kepada penyiasatan.

Menurut portal itu lagi, Zuki juga dituduh disiasat SPRM berkaitan beberapa kes berprofil tinggi, selain didakwa memiliki beberapa rumah dan kereta mewah, termasuk memiliki banyak hartanah.

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya sedang disiasat berkaitan pengubahan wang dan salah guna kuasa.

Minggu lalu, SPRM mengesahkan pihaknya merakam keterangan bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung siasatan dana RM700 juta diperuntukkan bagi tujuan publisiti dan promosi ketika pentadbirannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat