Lebih 20 pesawat pejuang China berlegar di ruang udara Taiwan

- Advertisement -

TAIPEI – Lebih 20 pesawat pejuang China dikesan berlegar sekitar Taiwan, dengan 11 daripadanya melintasi garis tengah sensitif yang memisahkan pulau yang diperintah sendiri itu dari China, kata Kementerian Pertahanan Taipei hari ini.

Tindakan itu menunjukkan kekuatan ketara pertama sejak Taiwan mengadakan pilihan raya presiden hujung minggu lalu.

Kementerian yang mengeluarkan data setiap hari mengenai kehadiran tentera China di sekitar Taiwan, hari ini berkata sebanyak 24 pesawat perang dan lima kapal dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 6 pagi waktu tempatan.

“Kira-kira 11 daripada pesawat yang dikesan melintasi garisan median Selat Taiwan atau memasuki barat daya dan utara Taiwan (zon pengenalan pertahanan udara),” katanya dalam satu kenyataan.

Demokratik Taiwan mempunyai kerajaan, ketenteraan dan mata wang sendiri, namun China mendakwa wilayah itu sebagai miliknya dan sedia menggunakan kekerasan untuk meletakkan wilayah itu ke bawah kawalannya.

Pilihan raya presiden pada Sabtu lalu dimenangi oleh Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) yang dianggap China anggap sebagai kumpulan pemisah.

Sebelum hari pengundian, Beijing memberi amaran kemenangan parti itu akan membawa ‘perang dan kemerosotan’ kepada Taiwan.

China yang mengekalkan kehadiran ketenteraan hampir setiap hari di sekitar Taiwan bagaimanapun tidak menghantar sejumlah besar pesawat perang dan kapal tentera laut selepas pilihan raya itu.

Namun, apa yang menaikkan kemarahan dalam kalangan ahli politik ialah apabila Isnin lalu, Negara Pasifik Selatan, Nauru mengumumkan negaranya memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan sebaliknya akan mengiktiraf China.

Tindakan itu meninggalkan Taipei dengan hanya 12 negara atau negeri yang masih mengiktirafnya.

Bilangan terbesar pesawat pejuang China dihantar dalam tempoh 24 jam adalah pada September, apabila Taiwan mengesan 103 pesawat China di sekitar pulau itu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 40 daripadanya melepasi garisan tengah.

Aliran berterusan pesawat pejuang China dan kapal tentera laut di sekitar Taiwan mewakili taktik ‘zon kelabu’ yang hanya selangkah daripada perang langsung, kata pakar konflik. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat