Pendakwaan bantah Sanusi mohon lengah perbicaraan

- Advertisement -

LKUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membantah permohonan Menteri Besar Kedah itu untuk menangguhkan perbicaraan kes itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memohon penangguhan tersebut sementara menunggu notis usulnya untuk memindahkan kes menghasut yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam diputuskan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud membantah permohonan tersebut atas alasan tindakan pembelaan memfailkan notis usul itu pada saat akhir bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

“Tertuduh didakwa pada Julai 2023, pembelaan ada enam bulan untuk memfailkan notis usul tersebut.

“Dokumen pula telah diserahkan pada 4 Oktober 2023 dan dokumen yang diberikan bukan banyak. Ada 11 dokumen sahaja,” ujar Masri, lapor Utusan.

Selain itu, pendakwaan menyatakan tiada alasan yang membolehkan perbicaraan itu ditangguhkan.

Terdahulu, peguam bela, Awang Armadajaya Awang Mahmud memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan yang akan bermula 5 Februari ini sementara menunggu notis usul pindah kes itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Notis usul itu difailkan pada 11 Januari lalu dan salinan termeterai telah diserahkan kepada pendakwaan pada 15 Januari lalu.

“Sekiranya notis usul dibenarkan, adalah pelik untuk memanggil semula saksi yang dipanggil (untuk beri keterangan di Mahkamah Tinggi).

“Permohonan ini dibuat selepas meneliti segala dokumen yang diberikan. Ia bukan isu banyaknya dokumen tetapi kesan dan implikasi setiap dokumen pada perbicaraan seperti dokumen titah Sultan Selangor.

“Ia bukan sesuatu yang remeh, bersifat picisan atau dibuat atas alasan yang lemah tetapi ia menyentuh prinsip keadilan dalam permohonan jenayah,”ujar peguam itu.

Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula hari ini (18 Januari) namun ditangguhkan selepas mahkamah membenarkan permohonan Muhammad Sanusi yang perlu ke luar negara atas urusan rasmi.

Tarikh-tarikh lain perbicaraan ialah pada 5, 8, 9, 13, 15, 16,19, 22 dan 23 Februari 2024.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Rajiah Mat Zain selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat menetapkan 2 Februari ini untuk keputusan permohonan penangguhan perbicaraan itu.

Selain itu, mahkamah turut merekodkan tarikh tambahan perbicaraan iaitu pada 11, 15 dan 18 Mac ini.

Pada 18 Julai 2023, Muhammad Sanusi didakwa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung tindakan Sultan Selangor melantik Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar.

Muhammad Sanusi, 50, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional didakwa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 malam, 11 Julai lalu di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud memaklumkan pihaknya akan memanggil 10 orang saksi untuk memberi keterangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat