UMNO Ketereh Usul Ismail Sabri kekal PM sehingga 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Ketereh membawa usul agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 2023.

Ianya untuk meneruskan pentadbiran Negara dan melaksanakan agenda pemulihan negara berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-14 pada tahun 2023.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang bersidang hari ini sepakat meneruskan sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan usaha-usaha beliau untuk memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.

UMNO Ketereh dalam kenyataan pada Jumaat berkata, keputusan itu datangnya apabila menyedari UMNO melalui Perdana Menteri, Ismail Sabri kini telah mendapat sokongan dan mandat untuk memimpin kerajaan dan negara sekali lagi.

“Memahami bahawa negara sedang melalui fasa pemulihan dan Perdana Menteri sedang giat melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan kembali Negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial berteraskan konsep dan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Menginsafi bahawa rakyat masih belum selamat sepenuhnya daripada ancaman pandemik COVID-19 dan keselamatan nyawa serta kesejahteraan rakyat mesti diutamakan berbanding perkara-perkara lain.

“Maka persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang bersidang hari ini, dengan ini mengambil ketetapan Bersetuju memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan pentadbiran Negara dan melaksanakan agenda pemulihan Negara berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-14 pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, UMNO Ketereh juga mengemukakan saran agar sepanjang tempoh ini, pemimpin dan ahli UMNO memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan dan mengukuhkan parti, merapatkan saf dan meningkatkan perpaduan sesama ahli serta berusaha bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat dan pengundi.

“Menegaskan bahawa UMNO perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

“Seterusnya kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang yang menyatukan dan mengharmonikan rakyat di dalam negara,” jelasnya.

UMNO Ketereh juga menegaskan dan mendesak bahawa tahun 2022 adalah tahun wajib diadakan pemilihan di semua peringkat parti dan tidak boleh lewat dari November 2022.

“Justeru parti perlu menyegerakan proses tersebut agar setiap lapisan kepimpinan di cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendapat mandat ahli untuk melangkah menuju PRU-15 yang tempohnya sehingga 2023.

“Mandat ahli amat penting dalam proses merekayasa parti, meningkatkan integriti, serta memperkasa saf pimpinan bagi menjamin penerimaan rakyat dan memenangkan parti dalam PRU 2023,” kata UMNO Ketereh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat