Zahid bersyukur dirinya teguh pertahan UMNO daripada kehancuran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Segala macam kelicikan sedang direncanakan ke atas UMNO dan Presidennya tanpa mempedulikan soal penganiyaan, dosa dan pahala demi mempertahankan kuasa dan kedudukan,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu mendakwa, barangkali juga kerana terlalu takutkan bayang-bayang sendiri setelah segala kejahatan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap parti terbesar orang Melayu ini.

“Sesungguhnya bukan tugas mudah untuk menyelamatkan perjuangan murni ini daripada komplot kemusnahan yang dirancang seusai detik hitam 9 Mei 2018.

“Engkau jua memafhumi apa yang terpaksa diri ini harungi sejak lebih tiga tahun lalu demi memastikan UMNO dan perjuangannya tidak hancur dimamah kezaliman.

“Masih jelas dalam ingatan diri diugut dan digertak sang penguasa supaya membubarkan UMNO atau menerima akibat sejurus UMNO tewas PRU-14 angkara fitnah dan tipu daya,” catat Zahid di Facebooknya pada Jumaat.

Bukan itu saja, beliau memberitahu, seterusnya dirinya dihina dan diejek oleh si pembelot yang berkiblatkan jawatan serta kedudukan dan ditekan oleh mereka yang curang supaya menggadaikan parti keramat ini.

“Maka bersyukur insan ini dengan penuh tawaduk kepada Ilahi kerana tidak pernah sesekali mengizinkan ia layu dan kaku berdepan penganiayaan dan kedurjanaan.

“Genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, patah sayap bertongkat paruh, namun gunung ku daki ku daki juga, yakini akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.

“Presiden UMNO tetap berpegang kepada amanah parti dan pesanan lebih 3.3 juta ahlinya untuk mengorak sebuah kebangkitan dan mengembalikan kebenaran buat rakyat serta negara.

“Alhamdulillah kebangkitan yang dirancang dan disusun bersama para pimpinan UMNO yang tetap setia kepada perjuangan parti selepas peristiwa 9 Mei 2018 sedang pun berlaku,” ujarya.

Kata Zahid, meskipun jalannya berliku, tetapi langkah parti keramat agama, bangsa dan negara ini untuk sebuah “redemption” tidak pernah terhenti.

Namun jelasnya kebatilan juga tidak pernah tidur dan sentiasa mencari peluang untuk menyekat dan meranapkan kerana tahu kebenaran yang bangkit akan meleburkan mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kekuatan dan semangat kepada diri ini untuk terus mengangkat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara,” ucap Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat