Aksi depan kamera berbeza di TikTok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktres Sangeeta Krishnasamy, 36, tidak kisah sekiranya selebriti media sosial menceburi bidang lakonan kerana setiap manusia mempunyai bakat yang berbeza.

Bagaimanapun, bintang filem Adiwiraku itu berpendapat selebriti media sosial yang mahu bergelar berlakon perlu mengikuti atau diberikan kelas lakonan terlebih dahulu agar tidak kaku di kaca televisyen (TV).

“Bagi saya, jika seseorang berbakat, sudah tentu memberi kelebihan untuk industri seni. Namun, apabila tidak cukup latihan sehingga pengarah perlu melakukan sehingga 15 babak bukankah menyusahkan orang lain?

“Disebabkan itu, penerbit atau pihak stesen TV perlu menyediakan kelas lakonan untuk mengasah bakat. Berikan latihan yang betul supaya bakat mereka dapat diketengahkan.

“Kita kena tahu bakat lakonan di hadapan kamera dan aplikasi TikTok berbeza.

“Dalam aplikasi TikTok, mereka boleh buat selepas melihat orang lain melakukannya. Berbeza pula berlakon dalam drama dan filem,” katanya kepada BH Online.

Sangeeta berpendapat selebriti media sosial yang mahu bergelar berlakon perlu diberikan kelas lakonan agar tidak kaku di kaca TV.
Sangeeta berpendapat selebriti media sosial yang mahu bergelar berlakon perlu diberikan kelas lakonan agar tidak kaku di kaca TV.

 

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-29 itu berkata, luahannya itu bukan bermaksud tidak puas hati dengan segelintir penerbit yang suka memilih selebriti media sosial sebagai pelakon, sebaliknya, merasakan ia adalah tanggungjawab bersama bagi memastikan karya diketengahkan di kaca TV dan layar perak berkualiti.

“Saya bukan tidak puas hati, tetapi saya rasa cara ini tidak betul. Takkan mahu menurunkan ‘standard’ karya tempatan? Anda perlu tahu betapa susah barisan pelakon sedia ada bertungkus-lumus membawa industri tempatan ke satu tahap lebih tinggi.

“Apabila berlaku senario seumpama ini, penonton pasti mempersoalkan kandungan drama. Mereka tidak mahu menonton karya tempatan, sekali gus membuktikan kita sendiri yang menurunkan standard.

“Saya rasa senario ini akan merosakkan industri. Jika tidak, mengapa ramai mula bising? Sebab cara kita buka pintu untuk bakat baharu masuk, tidak betul. Kalau betul, penonton tidak akan merungut,” katanya.

Sangeeta tak menafikan penerbit mahukan keuntungan kerana ia membabitkan perniagaan.

Namun, baginya, pengambilan bakat baharu perlu ditapis, bukan mahu mengejar tular sahaja.

Mengulas filem Tamil lakonannya, Ennaval menjadi antara 55 karya bolos senarai Festival Filem Malaysia Ke-31, Sangeeta berkata, dia menyimpan hasrat untuk melihat filem Saran Z itu berjaya di negara sendiri selepas meraih kejayaan pada

Festival Filem Tamil Antarabangsa Toronto menerusi kategori Filem Cereka Terbaik (Debaran Jenayah) di Toronto, Kanada pada September lalu.

“Ennaval adalah filem pertama menjalani penggambaran di Sydney, Australia. Saya gembira apabila filem Tamil dapat sokongan FFM31, sekali gus memberikan galakan untuk industri Tamil berkembang lagi.

“Pada masa sama ia boleh memberi galakan kepada banyak pelakon filem Tamil di Malaysia sebab kita ada ramai pelakon berbakat,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat