Ashira kerja cuci pinggan, tak perlu ihsan orang

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Ashira menegaskan keputusan untuk bekerja secara sambilan di sebuah restoran dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong adalah pilihan dirinya sendiri.

Ashira, 37, atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz berkata, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suaminya, Bad Indigo ketika ini.

“Pertama sekali saya tak terpaksa. Tiada yang paksa tapi saya yang nak kerja. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk (berita. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh serta terpaksa.

“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ini saya yang nak buat. Bosan duduk rumah saja, jadi kena keluar juga supaya minda sihat,” katanya.

Ashira menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story berkata, dia juga menyeru kepada orang ramai supaya berhenti ‘memanjangkan bantuan’ kepada dirinya kerana dia masih boleh berusaha menjaga keluarganya.

“Boleh tak tolong jangan ‘tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kepada saya? Saya tak memerlukan sungguh, saya sihat lagi boleh usaha sendiri.

“Terima kasih atas keprihatinan kalian. Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya okey . Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian,” katanya.

Dalam masa sama, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak yang mendakwa ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Ada yang bertanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh, kemudian sudah setahun. Tolong buat pengiraan sendiri,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan ‘walker’ bagi membantu pergerakan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat